Sunday, December 20, 2015

Majlis Akad Nikah My Adik Bongsu

#THROWBACK

Asalam..
Hai..
Pada 17.11.2015 telah berlangsungnya akad nikah adik bongsu lyda. Tahniah diucapkan buat kedua pengantin baru ni.. bongsu vs bongsu.. Majlis bersanding akan menyusul tahun depan. InsyaAllah.





-LydaMie-

Thursday, December 17, 2015

TELINGA MASUK SEMUT


Assalamualaikum,,

Minggu lepas, selepas solat maghrib, telinga lyda rasa sakit sangat.. bergegar dalam telinga, rasa macam nak menangis.  Pernah tak telinga korang masuk semut ??

Kalau korang pernah, korang boleh rasa apa yang lyda rasa. Lyda ambik tindakan drastik, ambik bawang merah letak kat telinga yang dimasuki semutdan telinga satu lagi lyda tutup. Semakin sakit pulak dia bergerak dalam tu..rasa dia mula mengigit. Allah sahaja yang tahu rasa sakit tu.

Daripada info yang lyda google, ini diantara petua bila telinga dimasuki semut.

Semut akan lebih respon pada cahaya, jadi halakan cahaya pada telinga yang dimasuki semut dan telinga sebelah lagi ditutup. Semut akan keluar mengikut cahaya itu.

Ada yang kata, masukkan air didalam telinga dan rebahkan kepala kesisi untuk mengeluarkan semut sekali dengan air tersebut.


Namun, jika dah macam-macam yang korang lakukan, takde perubahan.. eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.


-LydaMie-

Monday, November 9, 2015

LAWAN TETAP LAWAN

Assalamualaikum..
Morning..!

Harapan agar hidup kalian diberkati senantiasa.
Arini terasa lega selepas berminggu-minggu habiskan masa siapkan maklumat kerna unit Penaziran HQ nk datang melawat.. Semalam semuanya sudah selesai. Alhamdulilah Bahagian Kota Bharu telah selesai tanpa apa-apa masalah berbangkit.Terima kasih kerana sudi hadir.

Walau Kota Bharu bukanlah kawasan tumpuan, juga kawasan kekalahan teruk pada tahun 2013 yang lalu..perancangan yang berstrategik sentiasa diatur, takkan gentar sebelum berperang.

Ayuh bangkitkan semangat..MARA dan terus MARA..

 -LydaMie-

Thursday, October 15, 2015

Hutang Ohh Hutang



Hadith: Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi] 

Kisah hutang berhutang ni x pernah nak habis selagi si berhutang buat-buat lupa nak bayar hutang. Masa susah bukan main lagi datang meminta tolong, kita ni dengan dasar perikemanusiaan sudi menolong,tapi akhirnya bila dah lama kita jugak malu nak minta, si berhutang pulak bertawa hilai hidup dengan hutang .. acaner tu, x berkatlah hidup.


Bagi lyda, jika kita bijak menguruskan kewangan, bersederhana dalam setiap segi,sentiasa berdoa dimurahkan rezeki, InsyaAllah kita takkan terdesak untuk meminjam dengan orang. Keberkatan dalam rezeki yang kita ada, duit kita sentiasa cukup.


Moga kita dijauhkan daripada berhutang, serta dimurahkan rezeki untuk membayar dengan segera jika kita berhutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Berdosa andai sengaja menangguhkan bayaran.Elakkan hutang, jiwakan tenang.. :) 


-LydaMie-

Monday, October 5, 2015

DIY KAD KAHWIN

Asalam.

Pembuka tirai 2015, walaupun sudah mengjangkau bulan oktober..namun lyda baru nak start menulis..acaner tu..haha..lama kan x menulis blog.

Agak sibuk menguruskan rutin harian. Okay, hari ni lyda nk kongsi apa yang lyda buat dalam minggu ni..langsung tak berkaitan dengan kerja-kerja dipejabat.. lyda buat DIY Kad Kahwin. Sebenarnya bukan lah pandai sangat tapi memandai je buat..

mukadepan

bahagian belakang

ok. tu je yang nak dikongsi hari ni. 


-LydaMie-

Tuesday, December 2, 2014

sahabat selamanya

Assalam.

Sudah agak lama tinggalkan blog. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Namun, selagi daya..saya akan tersenyum..

Fikiran saya kini lebih tertumpu pada sahabat dunia akhirat saya. Dalam tidur saya, dalam solat saya, hanya dia sy fikirkan. Sehingga saya mudah mengalirkan airmata kernamu sahabat.

Hampir 2 tahun awak hadapi segala kesakitan, saya hanya mampu memberi sokongan..yang selebihnya hanya doa yang tak pernah putus dalam setiap solat 5 waktu saya..Mungkin ini dugaan, ,mungkin ini suratan untuk awak tempuh di dunia..Saya xmampu untuk lihat derita awk setiap kali saya ketemu awak..awak sentiasa menyebut nama saya setiap kali awak terlalu sakit.. ini membuatkan saya sukar untuk menerima segalanya.

Tabahlah wahai sahabat..sy sentiasa sayang awak, sentiasa berdoa untuk awak, sentiasa memberi sokongan dan dokongan, sentiasa memberi ruang dan masa untuk awak, sentiasa berharap agar awak diberikan kesihatan yang baik macam dulu..walaupun, hakikatnya kini, awak x mampu untuk seperti dulu.


                                                             sentiasa bersama







-LydaMie-

Monday, July 7, 2014

Coretan Masa Lalu..

Salam Ukhwah di Bulan Ramadhan..
Ohhh...sudah 9 ramadhan hari ini..DAN juga sudah hampir 2 tahun lyda tidak menulis dalam blog..hampir terlupa yang lyda punyer blog..hihi

tiada ape yang special..lyda masih masih seperti dulu..masih dengan kerjaya dulu..masih dengan kehidupan dulu..oh yer..lyda ade nak kongsi satu cerita tentang ape yang terjadi awal tahun ini..Tahukah anda tentang KANTUNG KOSONG?

Lyda pernah mengalami nya..lyda disahkan pregnen..tapi bila scan doc cakap kantung kosong.. tetapi urin menunjukkan +ve.. ye lar.bila dh test +ve..pregnen lar kan..





Ok..menurut ape yang lyda bace dalam blog Dr. Zubaidi..persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku..namun sayangnya embryo yang terbentuk gagal untuk berkembang menjadi janin. tetapi..ade jugak kes di awal kehamilan x nampak..tapi bila dah 3, 4 bulan akan nampak janin..dan ade dengupan jantung..

Macam kes lyda..ade kantung..tetapi tiada dengupan jantung..maknanya embryo tiada perkembangan..doc sarankan untuk lyda gugurkan untuk mengelakkan komplikasi pada lyda sendiri..tetapi lyda takut bab2 nak 'cuci' nie..jd lyda ambik masa..dan baby tu keluar dengan sndirinya..selepas seharian berhempas pulas sakit perut yang amat sangat..

yer..mungkin..bukan rezeki lyda untuk tambah anak lagi..Insya Allah jika diberi rezeki lagi daripada Allah.

Apepun, sekarang lyda masih lg berusaha dan tawakal..lyda x kecik hati pun kalo ade orang tanya tentang bila nak tambah anak..walaupun anak lyda sekarang dah umur 5 tahun..kita hanya merancang..Allah yang tentukan..kadang, lyda rase lyda menasib baik, diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu..berbanding insan lain yang masih lg menunggu..pesanan dari lyda..teruslah berusaha dan banyakkan berdoa dan bersabar dengan ape jua yang sekeliling berkata..Insya Allah..jika rezeki kita ada..ada lah..

berhenti disini dulu..Assalamualaikum..

-LydaMie-


Thursday, December 27, 2012

Dulu & Kini.

Dulu,
Aku mengenali tanpa dirancang..aku bersahabat juga tanpa dirancang..Yang aku tahu aku suka berkawan kerana sikap dia yang agak sempoi, agak kelakar dan juga pendengar setia bila aku stress..

Namun Kini,
Tak tahu dimana silapnya, kini S e p i .

erm.


-LydaMie-
Assalamualaikum..
Sudah agak lama tinggalkan blog aku ni, dah bersawang dan berhabuk sikit..aku tak punya banyak waktu untuk menulis kerna kekangan tugas pada agama, bangsa dan tanah air.. J

Aku jua ketandusan fikiran, ape lagi nak aku coretkan kini. Kerna kini aku lebih tenang, lebih positif cara berfikir..Ya, menulis dapat meluahkan segala duka dan lara hati aku nie.Bukan bermaksud kehidupan aku dulu penuh duka dan lara..tapi dengan menulis sekurang-kurangya dapat melepaskan tekanan perasaan dan tekanan kerja.

Pernah tak u’olls rase dunia macam nak kiamat bila ditimpa kesusahan..Rase sedih, rase kecewa..kadang-kadang benda kecik, contohnya bila bangun pagi, ade jerawat tiba-tiba kat muka pun boleh rase tension..Rase rendah diri, rase tak nak jumpa orang..kan.

Tapi bila aku lebih berfikir secara positif dan rasionalnya, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, tak kira walau sesedih manapun, seduka manapun, sestress manapun..kena ingat bahawa orang lain mungkin lebih sedih, lebih duka, lebih stress dari kita..pandanglah kesusahan orang lain untuk menyedarkan diri kita tentang erti kesedihan orang lain jua.

p/s : Sabarlah dalam setiap cubaan dan dugaan Allah s.w.t.. Kerna insan yang diuji adalah insan yang Allah sayang..Semoga kita dikalangan orang yang disayangi itu.

~Amin.

-LydaMie-

Tuesday, July 24, 2012

ntah ape..

Hari nie dah 4ramadhan. syukur Alhamdulilahh..semua berjalan dengan lancar dan sempurna.

Dibulan puasa nie betul-betul menguji tahap kesabaran aku, hingga dalam hati aku nie cakap "sabar,sabar usah duk layan..hang kan puasa"..tapi tu lar, kadang-kadang persekitaran dengan orang-orang disekitar aku nie sengaja nak menguji tahap kesabaran aku.

sengaja nak cari pasal kan..contoh baru semalam, si A nie dah lama tanya aku pasal bil claim dia..aku mane lar tahu tentang claim mengelaim nie..semua urusan dengan bos aku lar..terus jer lar direct dgn dia. Si A nie bukan direct bagi bil dia dkt bos aku, tapi bagi pulak dekat Si B..ntah Si B tu claim ke tak, aku pun taktahu..yang jelas, jawapan dari bos aku memang xde bil tu,

Dah tu, lama lar Si A nie menunggu buah tak jatuh, xdapat lagi claim bil dia. Si A nie asyik menanya aku..hingga aku kebosanan weii..aku suruh dia tanya Si B lar, dah pepandai dia bagi dekat Si B tu..taknak pulak, cakap taksuka cakap benda sama banyak kali, tak suka bila diri diperlihat kedarahkan duit..tak suka meminta2..

So, kau bayangkan riak muka aku mase bace sms Si A nie..hampeh kan? moolayan je aku dengan Si A nie.

Pelagi, kalau dah taknak orang kate kedarahkan duit, duk diam-diam tunggu jer taktahu bile duit akan dapat..kan senang..tak payah duk membebel kat aku yang tak tahu hape tentang claim mengelaim nie..

dah stop.

-LydaMie-